29 November 2011

PERJALANAN CINTA

cinta itu suatu perjuangan
kasih dan sayang itu
kedua-duanya
menuntut kesabaran dan keperihatinan,,

ia bukan sekadar
perasaan cemburu dan hasad dengki
ia tidak berkembang dengan rasa benci
dan sakit hati,,

tetapi
keindahan itu tertaut rapi
dengan keiklasan hati,
hormat menghormati,
dan saling menerima kelebihan dan kekurangan peribadi,,

inilah cinta
inilah kasih
suatu kembara indah
yang bersemi dari hati yang tulus dan suci,,











13 November 2011

~APA ITU CINTA~

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.

Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.

12 November 2011

~INGATLAH WAHAI KAUM ADAM~

SETELAH KAMU MEMBERI BANYAK PENGHARAPAN KEPADA SESEORANG,,,

SETELAH DIA MULAI MENYAYANGIMU,,,

HENDAKLAH KAMU MENJAGA HATINYA,,,

JANGANLAH SESEKALI KAMU MENINGGALKANNYA BEGITU SAHAJA,,,

KERANA DIA AKAN TERLUKA OLEH KENANGAN BERSAMAMU,,,

DAN DIA MUNGKIN TIDAK DAPAT MELUPAKAN SEGALANYA SELAGI DIA MASIH 

MENGINGATIMU,,

10 November 2011

HATI WANITA


jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,,

itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi,,

jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,,

dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu,,

jika kamu membiarkannya pergi,,

dia tidak akan pernah lagi menjadi dirinya yang dulu selamanya,,

seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,,

kecuali di depan orang yang amat dia sayangi,,

dia menjadi lemah,,

seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,,

hanya jika dia sangat menyayangimu,,

tiada lagi rasa egonya,,

lelaki,,

jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,,

tolong pegang tangannya dengan pengertian,,

dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,,

lelaki,,

jika seorang wanita menangis keranamu,,

tolong jangan persiakannya,,

mungkin kerana keputusanmu,kau merosakkan kehidupannya,,

saat dia menangis di depanmu,,

saat dia menangis keranamu,,

lihatlah matanya,,

dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

fikirkanlah,,

wanita mana lagi yang akan menangis

dengan murni dan penuh rasa sayang,,

di depanmu,,kerana dirimu,,

dia menangis bukan kerana dia lemah,,

dia menangis bukan kerana dia menginginkan

simpati atau rasa kasihan,,

dia menangis,,

kerana menangis dengan diam-diam

sudah tidak mampu bagi dirinya,,

lelaki,,

fikirkanlah tentang hal itu,,

jika wanita menangisi hatinya untukmu,,

dan semua keranamu,,

inilah waktu untuk melihat apa yang telah kau

lakukan untuknya,,

hanya kau tahu jawapannya,,

pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti

mungkin akan terlambat untuk menyesal,,

mungkin akan terlambat untuk mohon "MAAF"!

09 November 2011



JIKA AKU JATUH CINTA

ya Allah,,
jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu,,
ya Muhaimin,,
jika aku jatuh hati,,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu,,
ya Rabbana,,
jika aku jatuh hati,,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hatimu,,
ya Rabbul Izzati,,
jika aku rindu,,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanmu,,
ya Allah,,
jika aku menikmati cinta kekasihmu,,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan 
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu,,
ya Allah,,
jika aku jatuh hati kepada kekasihmu,,
jangan biarkan aku terlatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang 
menyeru manusia kepadamu,,
ya Allah,,
jika kau halalkan aku merindui kekasihmu,,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi 
hanya padamu,,
Amin Ya Rabbal Alamin,,






02 November 2011


BUAKN EMAS PERMATA YANG KU CARI,,
TAPI KEKAYAAN BUDI KEBIJAKSANAAN DALAM AGAMA YANG KU DAMBA,,
BUKAN KEASYIKAN CINTA DUNIAWI YANG KU INGIN,,
TAPI MENJADIKAN KAU IMAM DALAM MEMBENTUK SEBUAH KELUARGA YANG DIRAHMATI DAN KEKAL HINGGA KE SYURGA,,
ITULAH IMPIANKU YANG TIDAK KU TAHU APAKAN TERMAKBUL,,