Menurut Imam Al-Ghazali :
Nafsu boleh dikekang dengan kekangan takwa. Dengan itu ia akan menjadi lemah dan tunduk mengalah. Kewarakan seseorang juga boleh membelenggunya sehingga nafsu tidak berpeluang menjalankan peranannya.Dengan kesedaran bahawa nafsu itu musuh yang akan mendatangkan kecelakaan , ia perlu dilemahkan dengan penghinaan. Jangan sekali-kali diberi muka dan dilayani keinginannya.
Ulamak sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:
Pertama, setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini bererti ia dikurung atau dibelenggu. Umpama binatang liar, apabila dikurung atau ditambat, ia menjadi jinak juga akhirnya.
Kedua, hendaklah diberikan suatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama kaldai yang liar, apabila dilebihkan muatan beban di atas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurangkan rumput untuknya.
Ketiga, hendaklah sering berdoa, memohon perlindungan daripada Allah Taala agar terselamat daripada angkara nafsu jahat (nafsu ammaratun bil-su`).
Langkah ini penting, kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtunan nafsu.
Dalam Al-Quran, Allah mengisahkan, bahawa Nabi Allah Yusuf A.S bersabda, mafhumnya :Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku.
(Surah Yusof: ayat 53)
Berpuasa juga antara cara untuk mengawal nafsu.
Perbanyakkan berzikir dan sentiasa mengadap kepada Allah dengan sentiasa,mudah-mudahan dengan iman yang kukuh manusia itu dapatlah mengawal nafsu itu dengan keimanannya dan menjauhi daripada dosa & maksiat
Wallahua'lam...
Statement@Article - > الإسلامية المقاتلين أصدقاء
Firman Allah dalam Yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”
(Surah Al-Israa’ ayat 32)
Nabi S.A.W bersabda :
“Wahai golongan pemuda! Sesiapa dari kalangan kami yang mempunyai kemampuan, maka nikahlah. Sesungguhnya dengan pernikahan tersebut akan menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah kerana ia mampu mengekang & mengawal syahwat”

(Hadis Bukhari dan Muslim)