25 October 2012

<♥> Ketika Rasa Itu Ada <♥>

(Norhafa  Bin Johari)

Saat pertama kali melihatmu
Aku tertarik
Jatuh hati pada detik pertama tatapan mata

Bukan kerana paras rupamu
Tapi pesonamu membuatku terpana

Jika ini adalah CINTA
Mungkin ini disebut cinta pada pandangan pertama
Tapi bukan kerana itu aku mencintaimu
kerana cinta bukanlah perasaan sesaat kemudian berlalu pergi

Cinta adalah saat aku memiliki rasa yang lain bila aku bersamamu
Rasa yang aku sendiri susah mengungkapkannya
Satu rasa yang membuatku menyayangimu lebih dari yang lain
Satu rasa yang menjadikanmu orang-orang pertama mimpi-mimpiku
Satu rasa yang membuatku percaya
Bahawa kamu layak untuk dicintai

Tapi satu perkara yang aku percaya
CINTA adalah..
saat aku mencintaimu
dan hanya ada satu alasan mengapa rasa itu ada kamu
kerana kamu tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mengajarku ke arah yg sama.. 

Izinkan aku mencintainya ya Allah..Aamiin.

No comments:

Post a Comment