12 November 2012

Pesanan Jauharah

Khas buat saudari Muslimahku..♥ ♥ ♥
Duhai sahabat Muslimahku..Peliharalah keindahan yang kaumiliki kerana ALLAH mengujimu dengan menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan memandangmu dengan pandangan yang luar biasa.Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandangan matamu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapatimu.Jadilah seorang Muslimah yang gemar merenung kejadian yang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati. Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmah dalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah diri sebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawwuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.Sucikan wajahmu dengan air wudhu dan basahkan matamu dengan air mata keinsafan. Tundukkanlah sepenuh hatimu jua dahimu ke tikar sejadah beserta lafaz dan doa kauhembuskan seikhlas jiwa, semurni sanubari memohon keampunan. Renunglah, resapkan kekaguman dan kuatkan keyakinan bahawa hayatmu setiap detik di bawah naungan ALLAH S.W.T., kecintaan Tuhan melimpah dan melaut di segenap penjuru ‘alam, walaupun pada yang lupa erti kehidupan.♥ MUSLIMAH SEJATI ♥Akhirul kalam, ingatlah walau setinggi manapun kedudukanmu di mata masyarakat, jangan sesekali menyombong diri. Sesungguhnya wanita itu lemah. Dan dijadikan ar rijal sebagai pelindung buatmu. Carilah lelaki yang baik budinya dan teguh Imannya. Inilah yang bakal mengukuhkan akar kebahagiaan dan tunjang kecintaan kepada Ilahi, insyaALLAH.”

No comments:

Post a Comment