16 December 2012

Sugar Glider Si Tikus Terbang!!

( hafa johari thanx untuk hadiah birthday tue..seriously saya amat3x sukakannya.. ^_~ )

Assalamualaikum dan hye semua..petang ni saya nak buat entry tentang binatang peliharaan yang menjadi kegilaan dan kesukaan saya iaitu SUGAR GLIDER!!ia telah diberikan oleh org yg dekat atas tue sebagai hadiah bagi birthday saya yg bakal tiba awal bulan 1 nanti.. walaupun birthday saya lambat lagi, dia tetap berikan.. katanya, birthday saya nanti dia tak sempat nak datang, so dia bagi dulu hadiah itu.. sangat2 surprise taw..!thanx awak!Kalau uolls nak tahu, sugar glider kini telah mendapat tempat pertama dalam ranking binatang peliharaan yang top di Malaysia walaupun ramai yang masih tidak mengenalinya tetapi beliau sudah mempunyai ramai peminat. Kecomelannya mampu mencuit hati sesiapa yang melihatnya dan keletahnya memang menghiburkan hati.

( hye u olls..my name is bobo..!..nice to see n know u..hehe ^_^ )

Sugar glider ni senang dijaga, comel, lincah dan aktif serta manja dengan penjaganya. Dia dapat mengenal tuannya berdasarkan bau. sehari dua lagi, bobo kenal laa saya, sekarang, dia masih takut2 lagi..tak biasa agaknya.. 

( nie bakal rumah bobo..tak sempat nk cari lagi.. mesty bobo suka kan.. ^_^ )

Kalau sesiapa yang nak bela sugar glider, kena ada sangkar dan beberapa alat permainan seperti gambar di atas. Semuanya boleh didapati di kedai haiwan atau laman web yang menjual alat-alat permainan sugar glider.Pemiliknya juga boleh menghias sendiri sangkar sugar glider dengan menggunakan barang terpakai mengikut kreativiti sendiri. Lebih jimat kan. (tunggu akak buatkan rumah yg cantik untuk bobo yaa.. hehe)

( contoh pouch.. cantik kan.. ^_^)

Jangan risau kalau kita nak pergi kemana-mana kerana kita boleh membawa sugar glider dengan meletakkannya ke dalam pouch bag seperti gambar di atas. Pouch bag ni mempunyai saluran udara untuk dia bernafas. Tak lah mati nanti..hehehe..

( ingat kita jer ker makan epal.. sugar glider pun mkan taw.. ^_^ )

Makanan dia pula kita boleh bagi dia makan buah-buahan (epal, nenas, mangga. betik), sayur-sayuran (lobak, kangkung) dan kekacang.Yang warna putih lagi mahal harganya. Dan ia merupakan spesies yang jarang dijumpai. Comel kan??Bukan sahaja wanita yang tergila-gila untuk membela sugar glider ni tetapi lelaki pun sama. Jangan terkejut kerana ramai lelaki di luar sana turut membela si comel ni sebagai teman. Kalau ada sesiapa yang membela sugar glider boleh lah share pengalaman membelanya yer..huhu..

Thanks for reading..=)



No comments:

Post a Comment