Hari ini,tangan terasa seperti mahu menulis sesuatu untukMu,hati terasa ingin berkata sesuatu kepadaMu,tetapi sungguh sukar untuk aku meluahkan apa yang terbuku di hati,namun semuanya yang tersurat mahupun yang tersirat,Engkau sahaja Maha Mengetahui.Allahu Akbar,sedar atau tidak,sekarang sudah masuk di akhir bulan tahun 2012.Sungguh pantas masa berlalu.Alhamdulillah,Engkau masih memberikan peluang untuk aku merasai sekali lagi nikmatMu di hari ini.Tatkala Engkau memberikan waktu rehat di malam hari,hati sering di landa gusar dan gelisah,takut-takut,adakah sepasang mata yang dianugerahkan olehMu ini masih berpeluang untuk melihat hari esok untuk aku merasa indahnya nikmat yang diberi.Adakah jantungku ini masih diberi peluang olehMu untuk berdenyut kembali pada hari esok.Ya Allah,sesungguhnya diri ini semakin jauh dariMu ya Allah.
Syukur kepadaMu ya Allah,kerana Engkau telah menjadikan setiap dosa anak-anak adam itu tidak berbau.Jika ianya berbau,maka tidak adalah manusia yang mahu mendekati kami.Sungguhpun terlalu banyak keingkaran mahupun kemungkaran yang di lakukan,namun keampunan dan RahmatMu terbentang seluas lautan. :'(
Terima kasih ya Allah.
Daripada:HambaMu :')
No comments:
Post a Comment