28 October 2012

Andai lelaki tahu..


Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

27 October 2012

Mengenal Wanita

kamu berbicara padanya dan tatapannya sampai ke dalam matamu itu bererti dia ingin memasuki kehidupanmu dan selalu hadir dalam hari-harimu

Ketika kamu di ingatkannya tentang sesuatu hal yg biasa yang bagimu tidak penting. Ingatlah, bahawa dia bukan sedang mengaturmu, tapi dia hanya ingin memberimu perhatian


Ketika kamu melihatnya dia mula murungut kerana kamu terlalu beri perhatian terhadap sahabat-sahabatmu, itu bererti dia bukan sedang menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri, tapi hanya ingin mendapatkan sedikit perhatian darimu

Ketika kamu dimarah-marah tanpa sebab dia hanya ingin sesuatu tetapi dia tidak tahu bagaimana cara untuk mengatakannya kepadamu. Ketika seorang wanita mula berkawan rapat dengan sahabat-sahabatmu dia tidak berniat ingin tahu dan mencampuri urusanmu. dia hanya ingin tahu kehidupanmu agar dia boleh mengenalimu lebih dalam

Ketika kamu melihat seorang wanita ketawakan kesalahanmu, sebenarnya dia bukan sedang ketawakan kebodohanmu, tapi dia tengah cuba mengenali dan melihat setiap sudut dirimu, dan sedang cuba menerima kekurangan dirimu

~saya sayang bonda saya~

Wahai Bonda . . .
Dulu Saat Aku Masih Menjadi Janin
Kau Rela Menjadikan Perutmu Sebagai Tempat Tidurku.
Kau Rela Berbagi Makanan Denganku,
Bahkan Kau Rela Berbagi Nafas Denganku.

Sembilan Bulan . . .
Bukankah itu Waktu Yang Lama ?
Dan Selama Itu Pula Kau Begitu Berhati-hati Menjagaku.

Hingga Akhirnya . . .
Aku Dapat Melihat Dunia.
Dalam Sakit Yang Kau Rasakan Saat Melahirkanku,
Kau Dengan Tulus Menyambutku Dengan Senyumanmu.

Bonda . . .
Kemudian Aku Meningkat Dewasa,
Tak Sedikitpun Ketulusan Itu Hilang Darimu.
Kau Selalu Mengarahkanku,
Saat Aku Berada Pada Tempoh Yang Tak Tentu.

Maafkan Aku Bonda . . .
Jika Aku Terlalu Sibuk Dengan Duniaku,
Jika Aku Terlalu Berlebihan dengan Kehidupanku . . .

Maafkan Aku . . .
Jika Kebodohanku Membuat  Air Matamu Menitis,
SeDewasa Apapun Aku . . .
Tak Pernah Ingin Aku Kehilangan Rasa Sayangmu.

Aku Sedar Aku Bukan Yang Terbaik.
Tapi Aku Selalu Berusaha,
Untuk Menjadi Lebih Baik Untukmu.
Aku Ingin . . .
Kebahagiaan Selalu Setia Bersamamu.

Bonda . . .
Terimalah Sembah Sujud Dari Ananda Kecilmu ini . . .
Erlyn Elisa


26 October 2012

terima kasih sahabat

(wanie,mekrah,alia,farah,jannah n rafiq)


Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.


Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

25 October 2012

<♥> Ketika Rasa Itu Ada <♥>

(Norhafa  Bin Johari)

Saat pertama kali melihatmu
Aku tertarik
Jatuh hati pada detik pertama tatapan mata

Bukan kerana paras rupamu
Tapi pesonamu membuatku terpana

Jika ini adalah CINTA
Mungkin ini disebut cinta pada pandangan pertama
Tapi bukan kerana itu aku mencintaimu
kerana cinta bukanlah perasaan sesaat kemudian berlalu pergi

Cinta adalah saat aku memiliki rasa yang lain bila aku bersamamu
Rasa yang aku sendiri susah mengungkapkannya
Satu rasa yang membuatku menyayangimu lebih dari yang lain
Satu rasa yang menjadikanmu orang-orang pertama mimpi-mimpiku
Satu rasa yang membuatku percaya
Bahawa kamu layak untuk dicintai

Tapi satu perkara yang aku percaya
CINTA adalah..
saat aku mencintaimu
dan hanya ada satu alasan mengapa rasa itu ada kamu
kerana kamu tergolong dalam orang-orang yang sentiasa mengingati Allah dan sentiasa mengajarku ke arah yg sama.. 

Izinkan aku mencintainya ya Allah..Aamiin.

24 October 2012

ღ ketengan yg dicari ღ

ღTuhan layarkanku ke arah cintaMu..
ღTuntunlah aku menggapai redhaMu..
ღRimbunan kasihMu ku berteduh..
ღKepadaMu ya Tuhan..
ღBerikan secebis keinsafan..
ღBekalan sepanjang perjalanan..
ღMencari ketenangan.. ツ ツ

23 October 2012

Engkaulah Segalanya Ya Allah

Ya Allah.. andainya aku lupa.. kau ingatkanlah aku ya Allah... andainya aku terluka.. kau ceriakanlah aku ya Allah... andainya aku buntu,, kau berikanlah aku jalan ya Allah... andainya aku sakit...kau sembuhkanlah aku ya Allah....andainya aku mati.. pertemukanlah aku denganmu ya Allah... Amin :)

22 October 2012

sometimes Allah takes everything away from us.so we can learn the value of stay strong

bismillahirrahmanirrahim. in the name of Allah the most gracious and the most merciful. salam to all readers ^_~

apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewakan itu dengan sesuatu yg tidak pernah kita jangkakan.. dalam kehidupan bukan apa yg kita nak bakal kita dapat..kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-nya, sekali lagi kita terlepas n sekali lgi kita diuji.. seorang mukmin itu tidak akan bersedih lama.. bila dia dapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia akan bersyukur n bila dia mendapat ujian mahupun musibah, dia redha dan meniti jalan ujian itu dgn perlahan-lahan..indahnya hidup berTuhan.. dia sentiasa ada untuk kita mengadu segala masalah yg menimpa diri kita..

kadang-kadang untuk menjadi tak okay itu bagus juga sebab bila kita tak okay ini, kita akan kembali pada Allah dan apabila kita redha pada sesuatu yg mengecewakan hati kita, percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yg tidak dijangka. kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangannya maha hebat meskipun kita tidak tahu apa yg tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika..insyaallah satu hari nnty kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan..

meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali n sedih bertimpa-timpa ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat.. kadang-kadang kita fikir, hampir saja Allah nak bagi kita kebahagiaan tapi tiba-tiba saja direntap kembali.. bersabarlah, kerana kita tidak akan mengerti perancangan Allah.. kita tidak tahu masa hadapan kita..kembalilah pada Allah dengan 2s iaitu solat dan sabar.. yakin saja dengan apa pun takdir yg Allah tulis meskipun itu bukan kehendak diri kita..


19 October 2012

Ya Allah..

Ya Allah.
aku memohon kepada_MU keselamatan dalam agama,
kesihatan dalam tubuh, bertambah ilmu, keberkahan dalam rezeki,
taubat sebelum mati, rahmat ketika mati dan ampunan sesudah mati.

Ya Allah,
Mudahkanlah aku ketika sekaratul maut,
lepaskanlah dari api neraka, dan mendapat kemaafan ketika dihisab.

Ya Allah.
Janganlah Engkau goncangkan hati aku setelah mendapat petunjuk,
berilah aku rahmat dari sisi-MU,
sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.

Ya Allah. Ya Tuhanku,
berilah aku kebajikan di dunia, kebajikan di akhirat
dan peliharalah aku dari azab api neraka.
Aamiin

18 October 2012

doaku hari ini..

YA ALLAH..
aku percaya, sesungguhnya setiap apa yang berlaku di alam ini, pasti ada hikmahnya...Jodoh, hidup dan mati ku telah di tetapkan oleh Mu..Kau berilah kekuatan kepada ku untuk terus redha dengan segala ketentuan Mu... Jika kau telah tetapkan jodoh untuk aku, Kau lindungilah dia... kuatkan imam aku supaya ibadah aku terus bertambah setiap hari.. Lindungilah perasaan aku ini, dan serahkan lah perasaan ini kepada yang halal aku serahkan....

YA ALLAH...
Kau lindungilah aku...Hanya kepada Mu, aku berharap dan meminta pertolongan.. Jika aku rindu, rindukan lah aku kepada orang-orang yang halal untuk aku rindui...semoga aku berjaya melindungi perasaan ini..

Aamiin

16 October 2012

muhasabah diri dalam mendidik hati..

Alangkah susahnya mendidik hati...
Sedangkan ia adalah pandangan Allah...
Menjadi wadah rebutan malaikat & syaitan...

Alangkah susahnya mendidik hati...
Bila dipuji bongkahan sombong mengisi diri...
Bila diuji pencaci dibenci...
Hingga gelora dendam sampai mati...

Didiklah hati...
Menuju jalan kebenaran...
Demi mencari ridha Illahi...

Allahu ma'i, Allahu nazirun ilayya, Allahu syahidi...
Manusia adalah insan kerdil yg cenderung melakukan kesilapan,

Berdampinglah dirimu ...
Dgn insan-insan yang mampu menasihatimu
Kala dirimu melakukan kesalahan,
Serta insan yang mampu menerima teguran...
Kala dia melakukan kesilapan.....
Ingatlah...
manusia itu diciptakan untuk saling memerlukan antara satu sama lain..

Sahabat hati..
Jika hari ini diriku terlalu gembira..
Sadarkanlah diriku dengan amaran-amaran Allah..
Jika diriku bersedih tanpa kata...
Bujuklah diriku dengan tarbiyah Pencipta..

Kumohon sahabat hati...
Jika diriku lemah tak berdaya..
Ingatkanlah diriku dengan kehebatan Syurga..
Jika antara kita ada tembok yang memisah...
Ajaklah diriku untuk mendamaikannya..

Sahabat hati..
Jika pernah hatimu terluka disebabkan diriku...
Sadarkanlah diriku untuk segera mengubahnya..
Dan jika esok kuterlena tanpa terjaga..
Iringilah lenaku dengan kalungan doa..

Sahabat hati...
Ingatlah, Dalam kita melangkah...
Terkadang di uji dgn ujian yg terasa berat hingga kita terduduk & menangis...
Perihnya terasa...seolah menusuk jantung hati..

Tapi ketahuilah & renungilah kembali ke dalam diri masing-masing...
Mungkin air mata itu hadir disebabkan Allah menginginkan kita merajut kembali..
Mungkin karena sejarah iman yg kian terkoyak
Lantaran ada langkah-langkah yg tersasar dari keikhlasan...
Semoga kita tabah & ditetapkan iman...

Ya Allah...
Sesungguhnya karena Engkaulah kami di sini....
Dan hanya kepada Mu lah kami Kembali,
Maka, Bila tiba saatnya nanti...
Hingga tiba detik itu....
Ku memohon agar Engkau pelihara diri kami semua...
Dari dashyatnya azab_Mu...
Dan kumpulkanlah kami dalam harumnya Firdaus_MU....

Aamiin Allahumma aamiin
Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..

celebrate birthday my best fwend

surprise party for you my cutie best fwend.. hope you enjoy with these simple party walaupun dalam keadaan kelam kabut..dengan salah timing keluarkan kek lg..lawak gile..tak pasal2 kami wish kat org yg salah..kami semua sayang anda sgt2..moga persahabatan yg kita semua bina ini akan kekal selamanya..amin.. kalau ade yg kurang, kami semua mintx maaf yaa,,kami hanya insan biasa yang serba kekurangan..apa-apa pun kami ikhlas wat kjutan nie untuk anda..luv u wan farah hannani wan ismail.. ingat hari ini sampai bebila okey ^_~

15 October 2012

sahabat selamanya..

mereka adalah sahabat saya yg sentiasa mempercayai dan membuat saya tenang bila bersama. mereka juga menjadi tempat dalam berbagi kelelahan dan kesedihan serta tidak pernah menjual rahsia diri saya kepada orang lain.thanx coz be such a gud fwendz for me guys..i luv u so much..


kami semua pantang nampak camera..:D
(rumah rafiq akak jbeng-tue yang pakai spec n baju itam)
my classmate yg very sporting..
mcm2 gaya ada..ngeee :D

niey rafiq aka jbeng n wanie..due2 single.
jodohkan dorg berdue niey pun okey jugak..
jgn marah okey.. hehehe
the cutie lady kat atas niey my best fwend taw.. comel kan?
wan farah hannani aka mek.. ^_~
haa..yg putih melepak niey name die nur jannah aka meknah..
best fwend saya jugak..
die kalau pakai ape pun cantik. suke2 ^_^
dikelililingi due jejeka tampan idaman malaya.. faez n famie..
dowg tak leyh dipuji nnty kembang sekembang-kembangnya..
kawan since skolah lg but now dowg dah pindah kl..miss you guys.. :-(


yg kecik molek berjubah itam niey fizah.. 
pergi mane2 mesty spare coklat dalam beg.
dah mcm tauke coklat daa.. :-D
si ganas farah n si lembut naja alia..
sifat dowg berlawanan p still bersama 
kema-mana.. luv u guys.. 
mamat bersongkok niey atip. suke bahan n wat org sakit aty..penat nak layan..
tp niey laa bakal2 lee chong wei nnty..terer men badminton tue..
tunjuk ajar ku sifu.. hahahaha :D










doaku padamu ya Allah..


Jika diri ini masih mudah terpengaruh dengan kenikmatan manisnya dosa, terbuai kemaksiatan dan belum sanggup meninggalkan laranganMu, hamba mohon ampunanMu ya Rabb. Dan bimbinglah agar mampu menuju ketaatan, ketundukan dan kepatuhan kepadaMu. Ampunilah juga dosa-dosa yang telah dilakukan orang tuaku, saudara2ku dan para sahabat2ku dan bimbinglah mereka agar bertakwa kepadaMu. Semoga ampunanMu akan menjadikan hati dan pikiran ini bersih, tenang, lurus dan selalu istiqomah di jalanMu ya Allah. Aamiin.

mereka buat hidup saya sungguh bermakna

Mencintai kalian adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidup saya. Mana mungkin saya melupakan kalian seumur hidup saya . kalian merupakan kepentingan saya yg pertama dan
terakhir selain yg maha esa.. . :')

family yg amat saya sayang seumur hidup saya.akak sayang ibu, angah, abg n adik sgt2..

dilayan seperti family sendiri oleyh keluarga si dia.. ^_~

my kesayangan yg sentiasa memahami diri saya.. thanx awak..

this is my true fwend since skolah,,miss her so much <nia syuhairah mohd azmin>




13 October 2012

insyaallah sinar masih ada...

Kadang kala, hidup mengharuskan kita menangis. Kita merasa sudah berbuat baik dan benar, tetapi masih banyak kritikan yang diberikan kepada kita. Kita mengira keputusan yang kita ambil sudah tepat, ternyata fikiran kita keliru.

Jangan putus asa.
Teruslah berjuang dan jangan bosan sebarkan kebaikan dan kasih sayang
Matahari tanpa sinar tidak layak disebut matahari.

Demikian juga dengan kita. Kita adalah matahari yang harus memancarkan sinar, sekalipun mendung kelabu menutupi pandangan orang untuk melihat keindahan cahaya kita.

Mendung tak berarti hujan. Yakinlah, itu hanya suatu cubaan..

11 October 2012

I ♥ my mom and I'm sure you too :)

Setiap detik merupakan hari ibu tak kira bila walau di mana jua...

Di kala ibu kesakitan saat melahirkan, di kala ibu menyusukan saat membesarkan, di kala ibu kepenatan saat mendewasakan, di kala ibu merayu saat mendoakan, di kala ibu menangis saat dilukakan, di kala ibu sendirian saat memerlukan.......

Tidak pernah ibu meminta balasan, cukup sekadar sebuah harapan, semoga zuriatnya berjaya apa jua urusan, dunia dan akhirat terus berkekalan.

Sehinggalah di saat pemergiannya, hanya senyuman lambang kepuasan, seumur hidup sebuah pengorbanan, meninggalkan kita penuh kesyukuran.

♥ㄔ♥DO'A Ku♥ㄔ♥

♥ㄔ♥Ya...Allah.. .,jika...Aku jatuh
CINTA...♥ㄔ♥ ..Buatlah aku
♥CINTA♥.. Pada seseorang.. yang
melabuhkan cintanya padaMU...♥ㄔ
♥ .Agar bertambah kekuatanku untuk
mencintaiMu.♥ㄔ♥ Ya...Muhaimin,j ika
Aku jatuh ♥ㄔ♥HATI♥ㄔ♥
Izinkanlah ..Aku menyentuh...HAT I
seseorang yang hatinya tertaut
padaMu..♥ㄔ♥ .agar aku tidak
terjatuh ke dalam jurang CINTA dan
NAFSU...♥ㄔ♥ Ya...Rabbana,Ji ka Aku
jatuh HATI.. jagalah hatiKu padanya..♥
ㄔ♥ ..agar tidak Berpaling dari hatiMu
Ya...Rabbul Izzati,Jika aku rindu buatlah
aku rindu pada seseorang..♥ㄔ♥ yang
merindukan syahid di jalanMu...
Ya...Allah, jika aku menikmati cinta Dan
kasih ..Sayang..♥ㄔ♥ janganlah
kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga
malamMu..♥ㄔ♥ Ya...Allah, jika Kau
halalkan aku merindukan kekasihKu..♥
ㄔ♥ jangan biarkan aku melampaui
batas dan melupakan CINTA.. hakiki dan
rindu...PadaMu. ..♥ㄔ♥ .....Amin...

Mengapa Wanita Sering Menangis??

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?
Jwbnya: Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,

KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh “orang” yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

lelaki..

Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,

Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. 

Jadilah seorong lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah

♥MEMAHAMI HATI SEORANG WANITA♥

1. SensitifBukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. CerewetBukan bermaksud FUSSY tak tentu hal, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali  sekali.
3. HalusIbarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. IkhlasIkhlas seorang wanita tak perlu diraguikan.
5. BerkorbanWANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. PrihatinSentiasa memperhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. ManjaWalaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI, namun juga sesama kaum.
8. EgoWANITA yang terlalu sayang kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9. CintaCINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. SeksSeks bukanlah segala-galanya buat WANITA karena WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya.

Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA

Wallahu a'lam....

ambillah waktu...

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan, ambilllah waktu untuk bermain, itu adalah rahaia dari masa muda yang abadi, ambillah waktu untuk berdo'a, itu adalah sumber ketenangan, ambilah waktu untuk belajar, itu adalah sumber ketenangan, ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan, ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagian, ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan, ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga ... :)

10 October 2012

Pujuklah hati

Pujuklah hati apabila sesuatu yang berbeza dengan kehendak kita berlaku dalam hidup ini. Setiap yang Allah takdirkan pasti ada hikmah dan kebaikannya. Mungkin kita inginkan kesenangan, tapi DIA anugerahkan kesabaran. Kita inginkan keindahan, tetapi DIA kurniakan kebenaran.
lebih baik mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup itu di atas susah payah kita daripada kita bahagia tapi diatas penderitaan orang lain..

kehidupan

Hidup ini tidak akan kembali kepada sebelumnya. Apa yang telah berlaku tidak akan dapat terpadam daripada sejarah kehidupan kita. Kita hanya dapat belajar daripadanya, tanpa dapat mengubah catatan sejarah tersebut. Jika kita pernah terlanjur melakukan kesalahan, kita tidak dapat reverse kembali dan memadamkan kesalahan tersebut.

Kita boleh cakap “lupakanlah apa yang telah berlaku”, namun kita tidak akan pernah lupa. Kita hanya belajar untuk tidak mengulanginya. Itulah hebatnya kehidupan yang Allah ciptakan.

hamba selamanya..

Kita, adalah hamba selama-lamanya. Dia, adalah pencipta yang wujud sejak azali. Sehebat manapun kita rasakan tentang diri sendiri, kita tidak akan pernah mampu menandingi sekecil-kecil ciptaan-Nya, walau seekor nyamuk. Dia maha adil, tidak menzalimi manusia. Manusialah yang selalu menzalimi diri sendiri.

Ketika kita ditimpa musibah, perkara pertama yang harus kita hindarkan adalah mengeluh. Keluhan merupakan refleksi kepada kekesalan kita terhadap takdir Allah. Dalam ertikata lain, kita melahirkan rasa tidak puas hati dengan penguasa yang Maha Mengetahui. Tapi susah kan?

Sebaik ditimpa masalah, dilanda musibah, senang sangat terkeluar daripada mulut, "aduh...kenapalah jadi macam ni...?"

Sebaik sahaja kita mengucapkan perkataan tersebut, tampillah syaitan meragu-ragukan hati, menghasut agar kita terus bersangka yang tidak-tidak kepada Allah. Jika kita cepat tersedar, Alhamdulillah. Jika tidak, kita akan dirundung kesedihan yang berpanjangan.

Instead of saying that, kita cuba latih diri mengeluarkan kata-kata yang lebih positif, seperti "Allahuakbar", "Subhanallah", "Alhamdulillah".

Mudah-mudahan kata-kata sebegini menjauhkan kita daripada keluhan, dan agar perkara pertama yang terdetik di hati kita ketika ditimpa musibah adalah keredhaan terhadap takdir Allah. Lama-kelamaan, insya-Allah kita akan mampu mengucapkan sambil tersenyum :)

Bersangka baik itu banyak memberikan kelapangan kepada hati, meluaskan wawasan berfikir dan mengundang kesejahteraan dalam hidup. Apatah lagi jika kita bersangka baik terhadap Allah, penguasa alam ini. Jelas diriwayatkan dalam sebuah hadith qudsi berkenaan perkara ini:

“Aku adalah menurut persangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku bersamanya ketika dia menyebut-Ku. Jika dia menyebut-Ku dalam dirinya, maka Aku menyebutnya dalam diri-Ku. Ketika dia menyebut-Ku ditengah-tengah sekelompok orang, maka Aku menyebutnya ditengah-tengah kelompok yang lebih baik dari mereka (kelompok malaikat).” (HR Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Muslim, at-Tirmidzi, dan Ibnu Majah)

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Aku bersama hamba-Ku selama dia mengingati-Ku, dan selama kedua bibirnya masih bergerak menyebut nama-Ku.”(HR Ahmad, Bukhari, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, dan Al Hakim)

Terima kasih Allah. :)

this is Allah ^_~

When I pretend to be strong, no one sees my hidden tears except Allah.

When I’m sad and need a shoulder to cry on, no one supports me but Allah.

Pleasing a human is very difficult, pleasing Allah is the easiest.

People sometimes punish me for mistakes I have not done, Allah ignores and excuses the ones that I did.

This is Allah, The Greatest, The Most Almighty, The Most Beneficent, The Most Merciful, and all praise belongs to Him.

hidup ini indah

Hidup ini indah. Adakala keindahan itu dilindung mendung dan awan kelabu. Adakala keindahan bertambah seri disinari mentari. Keindahan dan kesayuan silih berganti dan kita sendiri tidak pasti.

Adakala kita berkobar-kobar dan mengimpikan s
yurga, lantas kita merasakan hidup ini penuh erti dan penuh isi. Adakala kita rasa sangat lemah dan terbayangkan neraka, lalu merasakan hidup ini tiada harapan lagi dan kosong tidak bermakna.

Kita termenung sendiri, mencari erti di sebalik perhentian-perhentian dalam kehidupan.

Kita tidak memilih untuk dihidupkan, tetapi kita boleh memilih untuk hidup sepenuh hati. Begitu juga kita tidak tahu bila akan mati, namun kita boleh membuat persediaan menghadapinya.

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita perolehi dan tidak semua yang kita miliki akan kekal abadi menjadi milik kita. Semalam tidak akan datang lagi dan besok pula belum pasti.

Apakah harus kita rasa terlalu risau tentang sesuatu yang belum pasti sehinggakan lupa mengisi kehidupan hari ini yang pasti?

Kita sedang hidup dan itu adalah suatu kepastian. Besok belum pasti dan itu urusan Dia yang maha mengetahui.

Beruntunglah orang yang melihat dunia daripada perspektif Pencipta kerana apa yang digambarkan sudah tentu menepati tujuan penciptaan. Rugilah orang yang memandang dunia dengan kaca mata nafsu kerana dia pasti terpesong daripada hala tuju.

Jika kita ingin hidup seperti yang kita kehendaki, bukan seperti yang Dia kehendaki, ciptalah satu bumi khusus untuk kita sendiri yang hanya kita berhak meletakkan aturan di dalamnya.

08 October 2012

Sebelum tiba waktunya untuk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu. Tahanlah perasaanmu. Jika perasaan itu tidak tertahan lagi, coretkan segala isi hatimu tentang cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan.

Dan simpanlah warkah yang tidak beralamat itu sebaik mungkin. Apabila tiba saatnya kamu disatukan, maka serahkanlah segala isi hatimu itu padanya. 

Dia pasti bahagia menerimanya, tetapi jika waktu itu belum tiba.. Biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Sang Pencipta sahaja kerana kelak jika dia bukan milikmu, bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah si dia dari hatimu.. :)

02 October 2012

TANDA-TANDA KEMATIAN

Allah telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian.

Tanda 100 hari menjelang ajal :

Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyadari, tidak ada pengaruh apa-apa.

Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Ashar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari menjlang ajal :
Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu.

Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan di tengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya.
Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat.

Sahabatku yang budiman, subhanAllah, Imam Al-Ghazali, mengetahui kematiannya. Beliau menyiapkan sendiri keperluannya, beliau sudah mandi dan wudhu, meng-kafani dirinya, kecuali bagian wajah yang belum ditutup. Beliau memanggil saudaranya Imam Ahmad untuk menutup wajahnya. SubhanAllah. Malaikat maut akan menampakkan diri pada orang-orang yang terpilih. Dan semoga kita menjadi hamba yang terpilih dan siap menerima kematian kapanpun dan di manapun kita berada. Aamiin.