Bismillahirrahmanirrahim.
-Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang Lagi Maha Pemurah-
Assalamualaikum w.b.t
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan aku peluang untuk untuk berkongsi sedikit luahan kepada sahabat mahupun hamba-hamba Allah yang sedang membaca entry ini.Sesungguhnya sesuatu ilmu yang berguna itu adalah ilmu yang akan memberi bermanfaat kepada orang lain.Alhamdulillah aku panjatkan rasa syukur di atas segala nikmatMu yang tiada tandingannya.
Dalam dunia yang sementara ini kita tidak akan keseorangan kerana kita akan sentiasa di temani oleh keluarga,sahabat mahupun yang lain.Sahabat adalah orang yang paling dekat dengan kita jika di bandingkan dengan ibu mahupun ayah serta keluarga yang masanya hanya terluang pada hujung minggu.Jika difikirkan kembali,masa kita lebih banyak dihabiskan bersama sahabat daripada keluarga.Betul ataupun tidak tapi itulah hakikat sebenar 'life' kita sebagai seorang pelajar.Segala masalah,sahabatlah yang sentiasa dicari untuk menceritakan apa yang terbuku di hati.Segala rahsia,ya ataupun tidak,sahabatlah orang yang pertama mengetahuinya dan rahsia kita masih dijaganya dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab.Mereka juga adalah orang yang terpenting juga dalam hidup kita,kerana tanpa mereka, kita tidak akan mengetahui apa itu erti persahabatan dan kasih sayang.Daripada persababatan itulah terciptanya kasih sayang.
Daripada Abi Hamzah Anas Bin Malik r.a. khadam Rasulullah s.a.w., daripada Rasulullah s.a.w. bersabda:
"
Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri" (Mutafaq 'alaih)
Daripada hadith tersebut jelas bahawa,wajiblah kita mengasihi dan mencintai sahabat kita.Tanda sayangnya kita kepada sahabat ialah,kita tidak mahu melihat dia melakukan kemungkaran.Kita sebagai sahabat juga haruslah mengajak mereka melakukan kebaikan kerana sebaik-baik sahabat adalah apabila kita memandang wajahnya membuatkan kita merasa dekat dengan Tuhan.Apabila kita bersama dengannya,hati kita akan ikut mengingati Tuhan.Itulah tanda dia sahabat yang mampu membimbing kita ke jannahnya.
Tegur aku jika aku salah,
Ajari aku jika aku lelah,
Pimpini aku jika aku rebah,
Kerana Aku insan biasa nan lemah,
Tidak lekang dari dosa dan helah.
Aku perlukan sahabat sepertimu,
Bisa membawa aku ke jannah....
Awak,saya nak kita masuk syurga sama-sama,sebab itu saya tegur awak kalau awak salah,sebab saya tak mahu Allah marah kat awak.Saya nak Allah sayang kat awak.Saya sayang awak,sahabat. (:
Ikhlas dari sahabatmu.. ^_^