13 September 2013

Bukan Mudah Untuk Kuat

Hakikat, dahulu kita sentiasa menyatakan bahawa "Ya Aku Kuat"
Tp hakikatnye aku sedar yang kekuatan itu dtg dari Allah..

Allah betul-betul menguji kekuatan yg kita sentiasa nyatakan..
Allah..Allah..

Benarlah kekuatan itu dtg dariMu..
Apabila Engkau mendatangkan ujian...
Pasti kita akan terduduk..
Pasti kita akan menangis..
Pasti kita akan berduka..
Pasti kita akan perlbagai rasa yg timbul..








Sungguh...
Allah memberikan ujian itu selayak buat hambaNya..
Allah memberikan ujian itu kerana rindu akan suara hambaNya merintih...
Allah memberikan ujian itu untuk kita bermuhasabah..
Allah memberikan ujian itu untuk kita belajar sesuatu..

Kadang-kadang kita jenis yg degil untuk menerima nasihat insan di sekeliling..
Maka dengan cara inilah Allah ingin mengajar & menasihati kita..

Allah..tinggiNya cintaMu buat hambaMu...
Allah ya Wadud..
Apakah kalian telah meletakkan CINTA ALLAH yg paling UTAMA??
Usah menyatakan dengan LIDAH shj tetapi perlu di PRAKTIKALKAN di dalam hari..

Harus diingatkan segala sifat itu dtg dari Allah...
Maka mohonlah dengan Allah agar dipinjamkan & tidak ditarik nikmat sifat-sifat mahmudah.. 












Semoga kita semua menjadi yg SOLEH & SOLEHAH..amin


Senyum Selalu ....^^

Senyum selalu , atau anda jarang senyum dalam sehari.

Ada juga antara kita senyum hanya sekali dalam sehari dan yang selebihnya berkerut dahi sepanjang masa.Senyum adalah simbolik kepada kebahagiaan , namun hakikatnya senyum bukanlah hanya perlu tatkala kita sedang gembira sahaja tetapi ia lebih kepada perlunya senyum dalam membawa input positif dalam diri.

Positifnya senyum dalam diri membawa suatu perubahan yang kita tidak nampak . Secara halus senyum itu membawa kepada rasa penuh keselesaan , tiada rasa rimas atau tertekan malahan senyum itu juga akan menjadikan yang "panas" menjadi "sejuk" dengan tiba-tiba.

Dalam islam turut menekankan amat perlunya senyum dalam kehidupan kita ."Sedekah" dengan senyuman , dan ini menunjukkan bahawa senyuman itu terlalu bernilai.Ia dapat dikait dapatkan dengan "duit".Kita sering diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian duit/wang kepada seseorang individu yang memerlukan , namun kita jarang diajar melakukan "sedekah" dengan pemberian senyuman kepada semua orang di atas muka bumi ini.Bukankah begitu mudahnya mendapat pahala secara tidak langsung ? . Saya pasti anda tahu jawapannya .

Daripada Umar bin Al-Khatab R.A dia berkata.. “RasulluLLAH SAW tersenyum dan baginda adalah orang yang paling bagus giginya”(diriwayatkan Ibnu Hibban di dalam sahihnya)..

Ternyata Rasulullah anda individu CONTOH yang sewajibnya kita ikuti . Dia sering tersenyum dan membuat sahabat-sahabatnya begitu senang dan selesa dengan dirinya .

Melihat pada satu riwayat ini mengisahkan tentang sikap rasulullah tatkala dia berhadapan dengan orang yang dia tidak sukai , walaupun dia tidak menyukai tetapi atas sebab adab dihadapan orang lain Rasulullah tetap tersenyum dengan penuh keikhlasan agar dengan senyuman ia akan memberi impak yang baik kepada individu yang berhadapan dengan nya .Jom kita ikuti kisah ini !!

Diriawayatkan bahawa pada suatu hari Uyainah bin Hisn memasuki tempat RasulluLLAH SAW.Sementara dia termasuk dikalangan bangsa Arab yang berperangai kasar ,ketika uyainah sudah sampai di hadapan baginda,maka baginda tersenyum kepadanya.Masalah ini telah disebutkan Aisyah RA.: “Ada seorang lelaki yang meminta izin untuk bertemu dengan baginda Nabi.Ketika baginda melihat orang itu dari jauh ,maka beliau bersabda, “Dia adalah seburuk-buruk saudara dalam kerabat dan anak dalam kerabat”.Namun ketika orang (Uyainah) itu sudahduduk,baginda memberikan senyuman di wajah dan menerima dengan baik hati kedatangan orang itu.*.

Ketika orang itu sudah pergi ,Aisyah berkata kepada baginda: “Wahai RasulluLLAH ketika melihat orang itu tadi dari jauh engkau berkata begini dan begitu.Tapi kemudian engkau berwajah ceria setelah berada di hadapannya dan menerima kedatangannya dengan baik hati.”..Kemudian baginda bersabda “Wahai Aisyah,bilakah engkau melihatku berbuat tidak baik?.” (diriwayatkan Al-Bukhari)


Berilah senyuman kepada semua orang ,
Tanpa mengira jahat mahupun baik ,
Kerana senyuman itu bererti riang ,
Kerana yang jahat akan menjadi baik ..

Penuh senyuman berhadapan musuh ,
Biarpun musuh membenci kita ,
Lama kelamaan hatinya kan luluh ,
Lidah terkelu , mulut tidak berkata ..


Saya sudah terSENYUM .. 
Anda bila lagi ..?

09 September 2013

Bersyukurlah wahai diri

Assalamu'alaikum w.b.t ,

Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w serta ahli keluarganya dan juga para sahabatnya..Sekadar menukilkan sesuatu yakni tidak lain dan tidak bukan sebagai peringatan buat diri yang sering lupa dan lalai...

Hidup tidak selalunya indah sepertimana langit juga tidak selalunya cerah,
kadangkala malam juga suram tiada bintang..namun ketahuilah bahawa itulah lukisan alam iaitu sesuatu ketentuan dari Allah s.w.t kepada makhluknya,
bukanlah kerana ingin menyiksa hambaNya kerana Dia lah yang maha penyayang, dan ketahuilah wahai kerana penyayang dan pemurahNya lah ditentukan segala ini, untuk mengingatkan kita akan kebesaranNya dan kekuasaanNya atas segalanya...

Mungkin,terkadang kita merasakan sesuatu itu diperoleh kerana usaha kita,bakat yang kita ada,atau hebatnya kita dalam sesuatu...Namun,hakikatnya tidaklah sedemikian...kerana tiadalah yang mampu memberi dan mengurnia,melainkan Allah s.w.t yang tiada berhajat pada sesiapa...
Andai ada yang berkata, aku jadi sebegini kerana aku hebat atau disebabkan guru aku, ingatlah bahawa "aku" dan "guru" itu juga berhajat pada sesuatu yakni Allah s.w.t...
Jadi, ketika mana kita berada dalam kegembiraan, maka sentiasa beringatlah dan bersyukurlah pada tuan yang memberinya yakni Allah s.w.t..dan bermohonlah agar itu adalah kegembiraan yang diberkati...

Namun,ketika mana kecewa atau kesedihan, maka ingatlah wahai diri bahawa jangan sesekali ada rasa putus asa pada rahmat Allah s.w.t...kerana rahmat Allah itu luas..

wahai diri, sesungguhnya tidak dikurnia apa yang kau hajati bukanlah kerana engkau dihinakan oleh Allah s.w.t, bahkan itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada kamu, Dia ingin terus mendengar rintihan kamu kepadaNya, dan dengan itulah Dia kan membalas kepada kamu dengan balasan yang lebih baik di akhirat kelak..

wahai diri, cuba engkau renung kembali dengan apa yang telah kau lalui selama ini, tidakkah kau sedar bahawa telah banyak kegembiraan yang dikurniakan kepada kamu sebelum ini,telah banyak perkara yang kau hajati dan dikurniakan ia kepada kamu...sehingga di ibaratkan kecewa kamu hari ini hanyalah setitis air dan selautan kegembiraan dalam kehidupan kamu..

wahai diri, jangan sesekali kau rasa usaha kamu yang lepas itu sia-sia bagi kamu kerana di sebalik itu ada yang melihat, mengetahui dan menilai segala usaha kamu dan dijanjikanNya kelak balasan yang baik atas usaha kamu..jadi,teruskan berusaha untuk akan datang,kuatkan semangat kamu walaupun mungkin seluruh manusia memandang kamu lemah,namun andai kamu istiqamah dalam berusaha,kamulah yang paling gagah di sisi Allah s.w.t, kerana kamu mampu melawa nafsu dan ikhlas dalam berusaha...

wahai diri,tanamkan azam dalam diri untuk menjadi insan yang lebih baik,buatlah yang terbaik dan gunalah segala kemampuan yang ada..insyaAllah kamu akan berjaya kelak..insyaAllah

Mungkin hari ini aku gagal untuk mencapai apa yang diinginkan, namun tidak akan selamanya aku ingin gagal..suatu hari nanti insyaAllah kejayaan yang ku idamkan pasti ku kecapi..

Ya Allah, hanya kepadaMu sahajalah aku bergantung harap dan memohon agar Kau sentiasa di sisi ku membantu aku dalam menempuh segala rintangan dan onak duri dalam kehidupan, semoga suatu hari nanti,ketika mana aku menghadapMu kelak,aku tergolong dalam golongan orang-orang yang berjaya..Allahumma Ameen





08 September 2013

If you find darkness in ur heart after a sin, know that there is light in your heart.


I have nothing but your generosity to put my hope in.

Nothing.
For I stand at Your door holding broken scrap
and yet you open.
Save me from this storm.
I am the most helpless of all your slaves.

And I’m lost.
Wandering in the middle of a forest trying to find my way.
But all the trees look the same,
and each path just leads back to the beginning.
No one finds their way out of this forest,
except whom You save.

Save me. For truly, truly I cannot save myself.
The words above is a little something from Yasmin Mogahed which has pretty much hit my heart so hard like a bullet. Indeed, sometimes we all feel lost. Life damages us, tears us down, tries us in so many ways that just affirms our humanity and the human ability to feel. We fall into despair, and sometimes we even lose our way.

For all those feeling distressed, lost or despondent, don’t give up in the mercy of Allah (swt).



Remember, there will never be a place to run from Allah. Even if you run and jump off the highest cliff or drown yourself in the deepest sea, you will still return to Allah. Don't pick the wrong path just because things turn out hard. Don't forget Allah just because life knocks you down. Hardships, everyone faces them. Everyone struggles, but not everyone suffocates. Why? Because a fraction of their heart convinces them that Allah is always there to help out. If He brought them to it, He'll definitely bring them through it. That's why.

N maybe some of you may go;
"Cakap senanglah, i'm facing the hurdles, i'm going through the obstacles, not you! Wait till you sit in the same situation, only then you'll have a taste of what I'm going through"

Yes, that's true. Yet, it is always wise enough to note that Allah tests different people with different problems. Maybe you're facing A, I'm facing B, she's facing C and he's facing D. The point is, everyone is fighting their own battles. And sometime life may push you down to the ground, but get back up. Don't just stay there. As long as there is sunlight, there is a second chance.

Come back. Return. There's still hope. Trust me, there is.

as human, we fragile. we stumble. we mess up. we trip n we fall..
this life might scatter us into bits n pieces, but the remembrance of Allah is a supergglue or the best gam     gajah to fix us back..

n yes, this dunya might hit u so hard in the face, but hey, that's part of the path. 
keep going. keep rising n refuse to give up..
no fear. Allah's here. Allah's here..

Till then, pray for me, and pray for the ummah.
Tabarakallah ;)
-Erlyn Elisa-

Life is filled with colors

Life is filled with colors



Hidup ini penuh dengan warna

sudah pasti..
Roda kehidupan menggambarkan bahawa "Life is filled with colors"..
Bahkan 1 jenis pohon saja memiliki DAUN yang berbeza dengan AKAR..
AKAR yang berbeza dengan BUAH..
BUAH yang berbeza dengan CABANG..
Dan antara satu dengan yang lainnya pun berbeza WARNA..

Bagaimana kita dapat bezakan antara satu dengan yang lainnya jika warnanya sama??
Bagaimana kita dapat menilai setiap keindahan bila semua warnanya sama??

Semua  rasa SEDIH, SENANG, DUKA, BAHAGIA yang ada..
Adalah pemanis yang Allah tambahkan di setiap perjalanan hidup kita..

"life’s never flat"

Ketika kita menghadapi banyak masalah, jangan melihatnya tanpa ada sebarang pergerakan.
Engkau tidak akan dapat merasai manisnya masalah, tanpa sebarang pergerakan..
Bergeraklah.. walaupun harus merangkak..
Majulah.. walaupun hanya sejengkal..
Kerana, Allah mempunyai berjuta rencana untuk kita esok..

Jadilah RODA,
Yang dapat menggerakkan basikal, kereta, bas, motor, bahkan kapal terbang..
Kerana hidup ini terus berputar, sama juga seperti bumi..
Kerana dengan BERPUTAR , menyebabkan 1 sisi akan berada di atas dan 1 sisi lagi berada di bawah..
Tiada  masalah.. asalkan ia terus bergerak..
Dengan itu kita akan melihat banyak WARNA, seperti itulah konsepnya..

Semua tidak boleh berhenti..
jika lampu hijau menyala, maka bergeraklah. Jika lampu merah menyala, maka orang lain yang bergerak, dan jika lampu kuning menyala, maka bersiap-siaplah untuk bergerak

Ya.. Bergeraklah..
Kerjakanlah apa pun yang engkau CINTAI,
Dan CINTAI apa pun yang sedang engkau kerjakan..
Ketahuilah bahawa, cinta dan kekuatan itu dapat dikalahkan oleh kekuatan cinta..
Dengan itu, engkau dapat melihat betapa indahnya pelangi setelah badai hujan surut

Because… “without the rain, there never would be rainbows

^_^

04 September 2013

aku hanya insan biasa.. tidak sempurna..

Aku hanya insan biasa... tidak sempurna pada zahir mahupun batinnya...
Aku cuma mampu berusaha dalam meniti kehidupan yang masih bersisa...

Silap ku di mana-mana...
semua itu kerana kelemahan ku...
kelemahan yang terzahir di sebabkan jahilnya aku...

Kadang-kadang aku alpa...
alpa dengan keindahan dunia...
keseronokan menjadikan ku lupa akan keperitan yang aku lalui...

di kala itu aku lupa padaNya...
Ampunkan aku Ya Allah...
Ampunkan aku Ya Rabbi...

kehidupan dunia yang penuh mehnah ini...
gagal untuk aku lalui...
gagal untuk aku menjelaskan tanggungjawabku...

tanggungjawab aku seorang manusia beragama Islam...

Aku takut...
Aku gerun...
Jika di bayangkan...
akan tinta balasan azabNya...
akan sebuah coretan suasana hari yang akan kita lalui...

Aku tidak sempurna...
tiada apa yang sempurna padaku...
tiada apa yang aku miliki...
ku berusaha mencari, dan menanam secebis ilmu di dada ini...
agar bersemadi ianya di Qalbu ku...

Namun aku masih lagi manusia yang jahil...
kerdil...
dan hina di bumi ini...

Tidak mampu untuk aku bicara panjang...
Aku tidak punyai ilmu untuk ku bentangkan pada kalian...
Namun tidak ku harapkan tulisan ini memberi satu titik kesan pada kalian...

Selamat menjalani hari-hari mu....

Cukuplah Allah menjadi Penolong


Hati...

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang? siapa yang dapat menyelami seberapa dalam dari hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum adakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah seperti itu kenyataannya?. Hati, tidak ada seorang pun yang mampu meneka dengan pasti dalamnya hati bahkan kita sendiri, kadangkala kita sendiri tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati..

Apa yang lihat di luar belum tentu itu tercermin di dalam hati, bukan bererti munafik tapi kadangkala orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu, bila kita bahagia tidak perlu kita perlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain, ketika kita bersedih tidak perlu mereka mengetahui seberapa sakit apa yang menimpa diri kita. Begitu juga ketika hati kita merasa marah, jangan sampai orang lain kena penangannya. Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allah sahaja tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita meminta, tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kita dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."

Dalam hati siapa yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadangkala masih terlihat dan gurauan itu juga masih kita berikan kepada setiap orang yang dekat dengan kita, tidak ada yang tahu di sebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku kita sebenarnya kita sedang terluka, kita ingin menangis saat itu, tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja yang mengetahui apa yang ada dalam hati kita, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa yang ada dalam hati, hanya Allah pengubat sakit & lara hati ini. Hanya dengan mengingati Allah sahaja dapat menenangkan hati kita..

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah ayat ini yang membasahi bibir kita, menggetarkan hati kita, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata kita berharap supaya semuanya akan baik-baik saja. Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil ni'mal maula mani'man nashir

Ya Rabb...
Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka hamba serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb... Kuatkanlah hamba menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati hamba untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada hamba. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar apa yang ada dalam hati ini maka hamba mohon kuatkanlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu dan keredhaanMu..

Amin.. 

03 September 2013

ERTI SEBENAR TUJUAN HIDUP

Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia.Adatanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk bersuka ria dan berseronok sepertimana haiwan-haiwan berseronok. Bukan juga dijadikan untuk menikmati hidup pendek atau panjang sehingga beratus tahun yang akhirnya akan dimamah tanah juga.

Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal penciptanya, Yang Maha Esa. Manusia dijadikan untuk menyembah Tuhan yang satu, Allah s.w.t. dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Setiap dari kita akan diuji dan ditapis dengan pelbagai dugaan dan penyakit ujian sepanjang jalan meniti denai kehidupan ini. Dengan tapisan dan ujian itu, kita akan bertambah matang dan positif serta boleh berfikir dengan rasional. Itulah persediaan untuk menghadapi hidup-hidup seterusnya.


TUJUAN HIDUP

Orang yang mempunyai fikiran yang matang akan berkata : “Kita makan untuk hidup.”

Tapi orang yang berfikiran cetek dan tak matang pula mengatakan : “ Kita hidup untuk makan.” Orang yang bersifat materialistik pula berkata : “Kita hidup untuk mencari harta yang ada di pelosok dunia ni. Barulah terasa nikmat!”

Bukankah setiap hari, 5 hari sekali dalam solat fardu kita, kita berjanji dengan Allah? Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Itulah janji kita dalam solat. Adakah itu bukan matlamat? Adakah itu hanya bicara mulut sahaja tanpa mengerti dan menghadam maksudnya yang mendalam? Allah. Itulah tujuan dan matlmat keseluruhan hidup kita.

aku hadapkan wajahku kepada (Allah) yang menciptakan langit dan bumi dengan penuh kepasrahan (mengikuti) agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang musyrik.” (Surah al-an’am : 79)

Orang yang beriman akan menjawab : “ Manusia hidup hanya untuk Allah dan untuk hidupnya yang kekal abadi (di akhirat nanti).”

maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka (dengan apa yang demikian) Maha Tinggilah Allah yang menguasai alam, lagi yang tetap benar.” (Surah al-mukminun : 115-116)

Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya sendiri dengan orang yang hidup untuk Tuhannya. Dunia yang indah dengan fatamorgana. Siapa yang tak tergoda dengan kenikmatan yang diperoleh di dalamnya? Harta, pangkat, darjat dan wanita. Kita pasti hanyut! Kecuali orang-orang yang hati dan jiwanya dekat dengan petunjuk dan hidayah serta nur Allah. Beruntunglah! Semoga kita termasuk golongan insan-insan yang beruntung di hari akhirat kelak. Amin…

katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja.” (Surah al-Nisa’ : 77)


MATLAMAT INGIN KE SYURGA

Syurga adalah kampung idaman kita. Dunia ini ibarat jambatan untuk kita menuju ke negeri akhirat. Berjalanlah di atas jambatan dunia ini dengan penuh takwa dan berhati-hati kerana kita mungkin akan tersungkur di tengah jalan. Jangan sampai kita terhumban ke Neraka.Na’uzubillahi min zalik.

Setiap manusia pasti mengimpikan Syurga. Namun, adakah kita mengamalkan segala yang diperintah Allah? Adakah kita betul-betul patuh dan taat pada-Nya? Adakah Syurga akan menerima kita? Layakkah kita untuk menghuni Syurga yang barakah?

(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia ; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab Neraka’..” (Surah al-imran : 191)

Berjuanglah dalam hidup agar kita mujahadah. Berkorbanlah semata-mata kerana-Nya. Berlumba-lumbalah dalam mengerjakan kebaikan. Berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan kesabaran. Kejarlah cinta dan kasih sayang-Nya. Semoga kita berjaya menggapai reda-Nya kerana hidup takkan pernah bererti dan bermakna tanpa reda Yang Maha Esa.

Daripada Abu Said al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya : “wahai Abu Said! Siapa yang meredai Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai nabi ; maka wajiblah baginya Syurga.” (Riwayat Muslim)


Jadikan Syahid itu cita-cita tertinggi kita..
Jadikan Allah tujuan utama kita..

Jadikan Syurga matlamat hidup kita..

Semoga kita bertemu dengan erti hidup yang sebenarnya..

02 September 2013

rahsia perjuangan hidup

Ada sebuah kisah yang patut menjadi renungan kita bersama bagaimana kita mensikapi hidup dan perjuangannya. Pada suatu ketika seseorang menemukan kepompong seekor kupu. Suatu hari lubang kecil muncul. Dia duduk mengamati dalam beberapa jam calon kupu-kupu itu ketika dia berjuang dengan memaksa dirinya melewati lubang kecil itu. Kemudian kupu-kupu itu berhenti membuat kemajuan. Kelihatannya dia telah berusaha semampunya dan dia tidak bisa lebih jauh lagi.

Akhirnya orang tersebut memutuskan untuk membantunya. Dia mengambil sebuah gunting dan memotong sisa kekangan dari kepompong itu. Kupu-kupu tersebut keluar dengan mudahnya. Gembira hati orang tersebut karena telah melepaskan kesulitan yang diderita oleh kupu-kupu itu. Namun, kupu-kupu tadi mempunyai tubuh gembung dan kecil, sayap-sayapnya mengkerut. Orang tersebut terus mengamatinya karena dia berharap bahwa, pada suatu saat, sayap-sayap itu akan mekar dan melebar sehingga mampu menopang tubuhnya, yang mungkin akan berkembang seiring dengan berjalannya waktu.

Kenyataannya, kupu-kupu itu menghabiskan sisa hidupnya merangkak di sekitarnya dengan tubuh gembung dan sayap-sayap yang mengkerut. Dia tidak pernah bisa terbang. Yang tidak dimengerti dari kebaikan dan ketergesaan orang tersebut adalah bahwa kepompong yang menghambat dan perjuangan yang dibutuhkan kupu-kupu untuk melewati lubang kecil adalah jalan Tuhan untuk memaksa cairan dari tubuh kupu-kupu itu ke dalam sayap-sayapnya sedemikian sehingga dia akan siap terbang begitu dia memperoleh kebebasan dari kepompong tersebut.

Dari kisah tersebut kalau kita renungi kadang-kadang yang namanya perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita. Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa hambatan dan perjuangan, itu mungkin justeru akan melumpuhkan kita. Kita mungkin tidak kuat untuk menggapai cita-cita dan harapan yang kita mintakan. Kita mungkin tidak akan pernah dapat “Terbang“. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan maha Penyayang.

Ada ungkapan bijak dari pujangga terdahulu

Kita memohon Kekuatan…
Dan Tuhan memberi kita kesulitan-kesulitan untuk membuat kita tegar.
Kita memohon kebijakan…
Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan Hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana.
Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita Otak dan Tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya dalam mencapai kemakmuran.
Kita memohon Keteguhan Hati…

Dan Tuhan memberi Bencana dan Bahaya untuk diatasi.
Kita memohon Cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.
Kita Memohon kemurahan/kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing Kita. Adakah jika saya tidak memperoleh yang saya inginkan, bererti saya tidak mendapatkan segala yang saya perlukan? Kadang-kala Tuhan tidak memberikan yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak mengerti mengenal, bahkan tidak mau menerima rencana Tuhan, padahal justeru itulah yang terbaik untuk kita.
Tetaplah berjuang…berusaha…dan berserah diri…
Jika itu yang terbaik maka pasti Tuhan akan memberikannya untuk kita.

Bersyukurlah karena kamu belum memiliki segala sesuatu yang kamu inginkan,
seandainya sudah, apalagi yang harus diinginkan.
Bersyukurlah apabila kamu tidak tahu sesuatu,
karena itu memberimu kesempatan untuk belajar.
Bersyukurlah untuk masa-masa sulit,
kerana di masa itulah kamu tumbuh.
Bersyukurlah untuk keterbatasanmu,
kerana itu memberimu kesempatan untuk berkembang.
Bersyukurlah untuk setiap tantangan baru,
kerana itu akan membangunkan kekuatan kita.

Hidup adalah perjuangan, disitu juga kita perlukan pengorbanan.